Salam...
Hampir dua bulan kerja ...
Ngee.~ banyak nak tulis tapi malas... hee
tapi so far Alhamdulillah macam selesa di sini
walaupun tidak dinafikan kadang kala sedikit stress la kan mengenai kerja
Biasalah tu ..tak jumpa benda yang tak stress kalau kerja ni
Cuma cara kita kawal stress tu yang menentukan sejauh mana kita bertahan dalam sesuatu tempat
Lepas makan..Miss Lemon usha2 facebook
macam biasalah kan..nak relaks2
tambah tengok2 apa yang menarik kalau kawan share di fb
untung-untung dapat jemputan kahwin..
maklumlah awal-awal tahun ni hangat pulak kawan-kawan yang nak mendirikan rumah tangga memberikan jemputan..InsyaAllah kalau tiada aral, boleh memenuhi jemputan.
Andai tidak ada kesempatan, hanya doa dapat ku kirimkan..
Ececewah~ dah lama tak bermadah gitu di laman blog sendiri..
tup..tup nampak satu video yang mereka share..
Miss Lemon tak setuju jika kenyataan ini dipolitikkan
sebab bagi pengetahuan Miss Lemon yang tak seberapa ni
Miss Lemon ingin utarakan bahawa...
sesetengah kompeni memerlukan sebuah kapal untuk penghantaran kontena atau mungkin barangan tertentu
Maka kompeni ini akan menyewa sesebuah kapal untuk penghantaran barangannya
Maka dengan ini Miss Lemon tak setuju dengan kenyataan sesetengah pihak yang mendakwa dengan kehadiran kapal terbabit bermakna Malaysia berdagang secara terus dengan pihak Israel.
Kerana kapal berkenaan hanyalah kapal muuatan kontena (berdasarkan kapal yang datang ke tempat kerja Miss Lemon) ..bukannya kapal perang..
Tujuannya hanya untuk menghantar barangan
Sama seperti kita di darat..perlukan pos laju..ataupun sky net..ataupun Gdex untuk menghantar sesuatu barangan atau produk..
Maka..begini jugalah proses atau pun sistem penghantaran barang di laut
dan kapal muatan kontena dari Israel dah datang lama dah kat Malaysia..
kenapa baru sekarang dibangkitkan isu ini? Untuk apa?
p/s: hanya sekadar coretan sepatah dua kata (sepatah la sangat!) dari Miss Lemon..tak sebelah mana-mana pihak..cuma rasa meluat semua benda nak dipolitikkan...cuba selidik dahulu..berbanding baca dan terus share...kalau yang kita sebar tu fitnah...kita pun tumpang saham la sekali..
2 KoMeN:
Salam, sihat? dah kerja best kan sekarang... haaaa jeng jeng jeng... tibalah masanya utk soklan cepumas... bila nk kawen? hehe :p~
anda yang dh kerja lama patut ditanya soalan begitu..
tampak lebih layak
Post a Comment