Salam =)

Sebelum baca cerita seterusnya, digalakkan terlebih dahulu untuk lihat video dari The Arrival mengenai 'Sihir di dalam lagu'. Sebenarnya dah lama Miss Lemon dah lama nak tulis pasal ni. Tapi semalam, sorang2 tengah malam tengok video terbaru LAdy Gaga-Alejandro, terasa terpanggil nak menulis mengenai perkara ini.









Dah tengok video the arrival tadi?
Sekarang tengok video Lady Gaga-Alejandro yang ini pula...bandingkan dan lihat sendiri apa yang anda nampak..erm..video tak sesuai untuk budak-budak..



Sebenarnya Miss Lemon suka tengok gaya energetik Lady Gaga ketika di pentas ni dan lagu-lagu dia biasanya first time dengar memang Miss Lemon terus surf internet untuk download, cuma video je la agak extreme sikit.

Walaupun suka dengar lagu-lagu dia tapi Miss Lemon tak nafikan dia ni mungkin jadi 'puppet' kepada kumpulan Illuminati..semakin lama semakin jelas dalam video-video klipnya bahawa dia adalah seorang hamba kepada kumpulan ini.. Dah la masa Miss Lemon tengok, tengah-tengah malam. Berseorangan. Maka agak 'scary' jugaklah. 



lady


Jika anda sudah melihat siri The Arrival atas tadi, dan mengetahui simbol 'All Seeing Eye'  yang bermakna 'mata Dajjal' dan penguasaan Dajjal dan konco-konconya dalam dunia seharian kita terutama muzik. Boleh dilihat hampir dalam kesemua video klip Lady Gaga sebelum ini .




Gambar yang ini juga memaparkan simbol salib terbalik yang melambangkan simbol 'anti-christ' di mana orang yang tergolong ini menentang sebarang agama yang ada di dunia kerana ingin mencipta satu dunia di mana manusia hanya menyembah pada anti-christ iaitu Dajjal pada akhir zaman. Foto di atas  Lady Gaga memakai pakaian 'sister' di sebalik "all seeing Eye" kerana memang hakikatnya kegiatan kumpulan Illuminati banyak berselindung di sebalik gereja-gereja.


Ini adalah gambar Baphomet. Golongan Illuminati memang sinonim dengan Baphomet di mana Baphomet yang berkepala kambing diibaratkan sebagai simbol untuk menyembah syaitan. Kepala kambing? Pernah dengar bahawa golongan extreme black metal dahulu memuja syaitan dengan meminum darah dan memuja kepala kambing hitam? Itulah dia Baphomet, simbol bagi ritual dan penyembahan untuk tunduk pada syaitan.


kepala kambing hitam di atas kepala Lady Gaga


Mahkota yang dipakai oleh Lady Gaga seolah-olah berupa kepala haiwan..adakah ia bentuk kepala kambing hitam?


Pada permulaan video, ditunjukkan askar-askar seperti Nazi berkawad (marching) dan dibelakangnya terdapat 2 askar memegang simbol piramid dan simbol bintang 'Star of David' yang sangat sinonim dengan Dajjal.


pada duit kertas Amerika




Simbol Israel....Yahudi


Miss Lemon tak berapa faham dengan maksud lirik dia..tapi Miss Lemon google2..ramai yang berpendapat .bahawa 'Alejandro' yang dimaksudkan Gaga simbolik kepada tuhan. Gaga merayu kepada tuhan untuk melepaskannya kerana mahu menyerahkan jiwanya pada golongan Illuminati. Bila Miss Lemon tengok kembali..setiap kali diseru nama Alejandro, akan terdapat simbolik salib dalam videonya.



Simbol salib dalam tarian Gaga semasa diseru nama Alejandro....tapi first time tengok video, perkara yang sangat ketara adalah mengenai golongan homoseksual.


Simbol seks memang tak pernah lari dari mana-mana video klip pun. Tapi nak tergelak pun ada tengok macam ni. Bererti mereka mahu menggunakan seks sebagai senjata untuk mengalahkan jiwa-jiwa manusia dan seterusnya mahu kita mengikut car hidup mereka.

Mungkin 'Kipas susah mati' Lady Gaga ada yang mengamuk Miss Lemon tulis entri ni..Miss Lemon pernah saja baca dalam blog sesorang yang mengatakan tuduhan pada LAdy Gaga itu mengarut..amboi taksubnya la..bukan tak boleh dengar, tapi janganlah taksub sangat...lagu Lady Gaga Miss Lemon pun layan juga..cuma sebelum buat apa-apa kenyataan tu digalakkan untuk melihat siri The Arrival sebab ia banyak membantu untuk kita lebih memahami  strategi dalam diam kumpulan Illuminati dan banyak membuka mata ramai pihak setelah menontonnya. (Boleh tengok You tube..ada subtitle dalam bahasa melayu..)

Banyak penyanyi yang menjadi 'Puppet' kepada golongan Illuminati untuk cepat terkenal dan disanjungi peminat.

Lady Gaga diikat seperti patung bernyawa..mungkin simbolik kepada dia menjadi hamba atau patung kepda golongan tertentu?


Ni satu lagi Miss Lemon tak faham..mungkin ia bererti bahawa Lady Gaga akan menjadi semakin 'creepy' seperti dalam ending video nya...atau mungkin ia bererti yang jiwa Lady Gaga sudah mati, hanya jasadnya sahaja yang 'dikawal' oleh pihak tertentu.


P/s: Memang penyanyi lain ada video klip yang agak pelik..tapi video Lady Gaga sangat ketara..first time tengok memang tahu segala pergerakan ada makna tersembunyi..tapi ini hanya pendapat Miss Lemon..pendapat anda bagaimana?