Salam =)
Baru balik dari dinner Bank Negara Malaysia (BNM) di Msuite Hotel JB. Asalnya nak buat family day di Desaru dan bermalam di sana. Tapi atas permintaan Timbalan Gabenor BNM yang meminta untuk dibuat dinner jauh-jauh maka pihak BNM JB memilih untuk dinner di hotel MSuite di depan pantai Danga BAy. Tema kali ini biru..semua biru..air biru..nasib baik makanan pun tak buat biru-biru juga..hehehe..otak biru? no komen...hahaa..
Memang mudah pun sebenarnya jika suatu majlis hanya mengikut tema warna, maka senang pihak hotel dan pihak kita juga untuk menguruskannya kerana pemilihan warna yang sekata semua hal dan benda...(ehem2 macam cadangan untuk majlis kelab je hehehe)
Pihak BNM memang sentiasa memilih chinese food sebagai tema, tapi janganlah fikir benda-benda haram okey..kita fikir positif dan halal ok..banyak pilihan selain dari makanan Melayu..bukan tak nak makanan melayu...kadang-kadang majlis ini suka buat lain dari yang lain (outside the box la katakan)..tapi pada meja mana yang tidak berkenan dengan chinese food, boleh memilih makanan melayu iaitu nasi beriyani..meja Miss Lemon dan keluarga memang awal-awal pilih chinese food..nama pun makanan free..tak salah kan kita sebagai pengguna atau pemakan memilih kerana ia percuma.. danyang penting halal!
Serba-serbi biru...tengoklah..air pun biru..Dinner BNM memang setiap kali macam ni..kalau merah..merah la air..tahun lepas warna hijau..hijau la air..hahaha..
Hahaha..lilin mestilah warna biru juga
first time tengok sudu susunan dia macam ni...memang susunan baru ea?
Memang biasa sebelum letak hidangan untuk para tetamu, mereka ada persembahan santapan...sebenarnya tak paham motif tandu ni..dah la diorang off light masa tu..kitorang ingatkan kerandalah tadi dengan lagu tema 'Asmaradana' yang Tiara Jacquelina tu..tapi masa tengah-tengah tu, tandu tu jatuh..dan terus diorang patah balik..mungkin sebab makanan kat dalam dah tertumpah kot..hahah..gimik yang tak berapa jadi
Menu yang ini nama dia Ming Court Cold Dish Combination..biasalah nama semua nak 'bombastic'..tapi sebenarnya popiah je pun..pastu ada abalone sikit.pastu apa ntah..macam benda2 goreng macam tu..oh ye..yang merah kat bawah makanan tu bukan plastik tau...tapi agar-agar buat alas kuih...boleh makan ye..hehe
Sup sirip ikan yu..erk??nape?pelik? Sedap je..sebab bukan sirip setongkol2 tu dia bagi kita..dah hancur jadi sup dah..rasa macam sup ikan..ada isi ketam sekali..sedap2
Udang goreng yang diatasnya kuah campuran susu + mentega..sedap2 (Miss Lemon memang suka seafood)
Sebelumnya ada ikan siakap dengan sos Nyonya, ayam panggang dengan sayur brokoli dengan nasi goreng special XO. Sebab syok makan, terlupa nak ambil gambar..
Pencuci mulut, longan bercampur dengan isi kelapa laut...sedap2 (mentang-mentang free sedap semua..) kalau biasa sorang dalam rm50 la..pada sesiapa yang nak buat dinner tu boleh try tema chinese food pula selepas ini..takda beza sangat dengan makanan kita..cuma boleh tukar selera sekali-sekala
p/s: Rasa macam tengah buat slot 'Jalan-jalan Cari Makan bersama Miss Lemon' pula...hahaha..tulis entri ni sebab nak tahan ngantuk..nak tengok Germany VS Uruguay lepas ni...aduyai..tapi esok nak bangun pagi-pagi, nak kemas barang ke kolej.. (:
3 KoMeN:
sedap sey..terliur aku tgok..huhu
skill boleh ditiru
yaya: sedap2...nyum2
joe:skill ape joe?
Post a Comment