Salam =)

Okey, 1st time di tag nampaknya. Special thanks to Miss Lily for tagging me..ehe :D
Tag pasal 20 perkara mengenai diri saya..yay~macam karangan budak-budak je..tapi tak apa, boleh buat benda ni untuk suka-suka.



1. Seorang yang ceria =p

2.Seorang yang emo juga pada masa yang sama .Hormon tak stabil kot kalau time2 macam ni..cth keadaan kita dah penat-penat, then tiba2 ada orang tegur sikit (walaupun teguran tu mungkin gurauan) rasa macam bad mood dan hangin terus. Saya hanya manusia biasa, bukannya mood ok 24jam seminggu.

3.Cepat panas baran! Lagi-lagi kalau kita tengah kusut, pastu ada orang datang buat lawak bodoh. Rasa nak bagi dia tapak selipar je suruh makan. (Kena cari suami yang penyabar ni...)

4. Ilmu pengetahuan yang sederhana. Rasa banyak lagi perlu dipelajari tidak kira dalam apa jua hal. Noob je rasa. Janganlah marah saya kalau saya lambat dapat ilmu mengenai sesuatu. Miss Lemon bukannya seorang yang genius, perlu mengambil masa untuk menguasai sesuatu. ;(

5.Sebagai anak yang sulung di rumh, parents letakkan harapan yang tinggi untuk menjadi role model kepada adik-adik (tanggungjawab berat tu untuk jadi perfect, sedangkan semua yang saya punya hanyalah kelemahan)

6. Cuba untuk memperbaiki diri menjadi seorang yang berguna kepada kedua ibu bapa, keluarga, kawan-kawan dan masyarakat.Poyo je bunyi, tapi semua orang pun berusaha untuk menjadi baik bukan. Maka janganlah sindir-sindir saya untuk berubah ke arah kebaikan. 
Contoh: Miss Lemon tak pandai bergaya atau pakaian tak up-to-date, ada orang sindir "Bila ko nak berubah ni...si bla-bla-bla dah pandai bergaya dah sejak ada balak skang"
Dalam hati Miss Lemon: Lebih baik aku macam ni dari 'aku berpakaian tetapi bertelanjang'


7. Cuba ubah-ubah sikit penampilan supaya menjadi lebih feminin sikit. Feminin je tau bukan ubah kepada seksi terus.huhu (sebab ada pompuan mintak kapel ari tu..aiyak!! Muka aku macam lelaki ke??)

8. Bosan orang tanya status. As long as i'm not getting married, i'm always single and available..dont afraid to be friends with me ;)

9. Hormat pada orang yang menghormati diri ini. Kalau orang tu suka mengutuk saya, jangan peliklah saya layan awak pun dengan kutukan juga..huhu

10. Kahwin? Erm..3-4 tahun lagi..apa ingat kahwin tu pakai air liur ke? 

11.Tolong keluarga. Mahu cari rezeki untuk membantu keluarga setelah pelaburan untuk membesarkanku dari kecil sehingga kini sudah ratusan ribu ringgit parents habiskan ;(

12. 1 sem lagi bakal graduan ijazah fizik tulen UTM..InsyaAllah..amin~~

13.Tak boleh terlalu stress (kene belajar pengurusan stress yang betul) nanti cepat migrain dan sakit-sakit

14.Kalau marah, mudah untuk mengalirkan air mata kerana untuk menahan marah. Sebab kalau tak menangis, saya akan mengamuk dan berkata-kata tanpa berfikir dahulu.

15.Mahu mencari calon suami yang soleh, sederhana serba-serbi dan menerima saya segala perkara baik dan buruk mengenai diri saya ;)

16.Anak kelahiran Muar, Johor

17. Pernah duduk di 3 negeri, Pahang, Terengganu dan Johor

18. Berdarah kacukan Jawa (tapi tahu yang basic je bahasa jawanya)

19. Belajar di 3 buah sekolah rendah, 3 buah sekolah menengah, Program Latihan Khidmat Negara, matrikulasi dan universiti (kini)

20. Tak suka orang tak bagi saya buat aktiviti hanya kerana fizikalku yang kerdil. Alasan semua tu!!


Tag 20 orang yang anda suka!!














p/s erm Miss Lemon tag..tak sampai 20 pun..rasa malas je..haha..happy tagging everybody =p