Salam
Hmm..dunno where to start...Dah lama Miss Lemon tak mem'blogging' kerana kesibukan menyiapkan assignment, PSM,Test, STudy Week & Final Exam..dan sekarang semua itu sudah di'setel'kan..hehehe..Nampak gayanya macam tiada pemangkin or 'catalyst' untuk Miss Lemon bercerita di dalam blog..(sebenanya ada, tapi malas nak menaip)..Miss Lemon sekarang mencari-cari idea kerana nampak blog ini sudah lama 'terbengkalai'..menaip sesuatu yang tiada isi penting..maaflah kalau siapa-siapa yang membaca blog Miss Lemon ini mengharapkan sesuatu pengisian yang berhikmah..kerana anda akan kecewa sahaja akhirnya apabila Miss Lemon menggunakan blognya ini untuk membuang masa dengan mengarut sahaja...hahaha..
Musim-musim tengkujuh begini tidak banyak Miss Lemon habiskan masa di luar..cuma sekarang Miss Lemon & laptopnya umpama belangkas kerana Miss Lemon banyak menghabiskan masa menonton sisa-sisa movie yang sudah lama di 'burn' dalam dvd, namun baru kini ada kesempatan.
Tertarik dengan cerita "TWilight"..ya, Miss Lemon baru sahaja menonton filem ini kali ke-5 dalam masa seminggu ini setelah habis peperiksaan akhir minggu lepas. Miss Lemon sendiri tidak tahu apa yang membuat Miss Lemon begitu tertarik dengan filem ini. Mungkin Miss LEmon tertarik dari segi penceritaannya yang mengisahkan seorang gadis, Isabella Swan yang baru tinggal bersama ayahnya, setelah ibunya berkahwin dengan jejaka lain. Di sana dia ditemukan dengan sebuah keluarga Cullen yang agak pelik dari segi tingkah lakunya serta hidup berkelompok sesama mereka,tidak gemar bergaul. Dia tertarik dengan tingkah laku ganjil Edward Cullen yang akhirnya membawa penemuan bahawa keluarga Cullen sebenarnya adalah golongan pontianak (Vampire)..

Miss Lemon mungkin tertarik dengan penceritaan dari kisah novel-novel yang romantis..diadaptasikan secara berkesan di layar perak. Kisah-kisah novel biasanya mengutarakan mengenai lelaki yang romantis dan mencintai wanita idamannya sepenuh hati..sedangkan tidak wujud dalam dunia realiti *sigh* (membuatkan penonton wanita terutamanya asyik berangan)..

Novel yang berkisahkan percintaan gadis remaja dengan jejaka vampire ini ada 4 siri..twilight, new moon, eclipse dan breaking dawn...Miss Lemon tidak sabar untuk menonton sekuel filem ini yang seterusnya, New Moon, di mana Jacob akan memunculkan dirinya di hadapan Bella sebagai serigala jadian. Produksi filem ini telah pun menjalani penggambaran siri filem ini yang ketiga iaitu Eclipse meski pun New Moon belum lagi ditayangkan. Tampak seperti filem sekuel ni Bella 'heartbreak' kerana Edward mengambil keputusan untuk meninggalkannya kerana tidak mahu lagi menyakiti kerana walaupun mereka dilamun cinta, hakikatnya mereka berdua adalah pemangsa & mangsa. Tidak seperti filem pertama, Edward sanggup melawan puak-puak vampire sendiri untuk menyelamatkan Bella.
"So, the lion fell in love with the lamb"
Pada awalnya, Miss Lemon tidak bercadang untuk menonton kerana mendengar komen-komen bahawa filem ini sangat membosankan. Namun, lain orang..lain cita rasa dan ragamnya..tidak semestinya suka filem romatis bermakna dirinya dalam alam percintaan..kan?kan?hahaha.
P/S: Bila nak ditayangkan di Malaysia ni...cepatlah!
Serius takda idea nak menulis..hujan-hujan ni asyik berangan..taip entri ni pun sambil dengar lagu lama Bertie Higgins-Casablanca..
5 KoMeN:
Twilight memang suatu cerita yg menarik... dihiasi dengan lagu2 yg sedap didengar terutamanya muzik yg berasaskan alunan irama piano =)..
ayat dia pun puitis je..tu yg menarik didengar
So dh tgkap cintan la ni... ahaha...
Mesti cair kan dengar ayat2 power dalam citer ni.. huhu =)
tu la..lagi2 babak so the fell in love with the lion tu..aiseh..ayat2 dia..ngehehe..
Hey guess what? I'm already watching twilight saga: new moon. Haha may be I'm the 1st in Malaysia watching it.. good movie but still can't beat batman the dark knight out of the list. Anyway the werewolf part was very awesome ;)~
Post a Comment